Friday, November 25, 2016

Aku dan Dulu Berbeza

Dah lama aku tak berblogger. Rindu nak bebel kat sini.


Bila dah makin besar dari atas sampai ke bawah kena jaga penampilan supaya kelihatan sentiasa cantik, bak kata orang ''Supaya Mata Sedap dipandang". Bila aku dah berubah, sedikit sebanyak perwatakan dan diri aku jugak turut sama berubah, Paling ketara, bila aku tak pakai tudung labuh langsung dah..Dan paling ketara sekali, pakaian aku dah takde macam ciri2 ustazah. Handsock pun tak tahulah kenapa dah malas nak pakai. Dulu, kalau panas2 pun pakai jugak tapi sekarang panas ke tak, tetap tak nak pakai. Kalau tudung tu pulak, still jagalah tapi kadang2 terbabas juga. Bila pakai shawl tu kadang2 aku nak nampak ber style dan cantik lah kononya, memang main lillit je tudung. Lagi situ, kalau pakai shawl memang tak pakai kerongsang sebab muka dahla bulat dengan double chin lagi, buruk taw..Sekarang ni, aku tengah kumpul duet untuk buat V-shape kat muka sebab muka nanti nampaklah cantik bila pakai tudung. Muka nampak kurus so happy nya...Barulah confident datang. Tak sabarnya nak jadi cantik walaupun orang kata aku memang dah cantik,haha.....



Satu lagi perangai pelik aku, kalau orang datang rumah mesti terpaksa pakai foundation supaya tak nak nampak hodoh depan orang. Adik beradik aku sampai tanya,


"Yang kau cantik2 ni, boyfriend kau nak datang rumah ke? ke ada lelaki nakk datang?''

"Eh,mana adalah..Kawan perempuan akulah..Tak caya sudah....."



Depan kawan perempuan pun memang wajib jugakla nak nampak lawa. Pastu,memang jumpa depan2, orang curious dengan kulit aku sebab nampak glowing dan lawa. Tersenyum merah2 blushing aku. Nak cantik pun, banyak jugaklah duit aku habiskan walaupun lawa2 ni takde sesiapa means single. Tapi sebernanya nak cantik dan lawa ni bukan sebab aku nak tunjuk kat orang tapi nak puaskan hati sendiri dan ada level keyakinan tinggi, tu je.Tapi satu benda jelah, jadi lawa ni pun penat jugak sebab kadang2 kejap aku jadi lawa kejap jadi buruk balik sebab tak sempat pakai make up, kalau dah lambat pergi kelas,huhu...Tapi jenis aku, bukan make up tebal2. Letak foundation sikit2 je. Takde pakai blusher dan sebagainya. Looks simple je tapi mungkin aura dalam diri kot,hehe..Eh,xdelah gurau je. Kadang2 bila orang puji, aku cantik kadang2 tu kalau jumpa orang sekeliling mesti hari2 terpaksa jaga penampilan dan style. Jadi cantik pun salah, jadi hodoh pun salah,huhu..Apapun, aku rasa selesa dengan perubahan diri aku yang sekarang. Cuma suatu perkara jelah, tak suka macam lelaki contohnya suka aku sebab rupa aku. Serius menyampah....Apapun, aku bersyukur dengan rupa aku yang sekarang ni..InsyaAllah, sekarang tengah proses nak kurus so lagilah nampak cantik sebab slim dan boleh gayakan apa2 dress sekalipun.

Tuesday, August 4, 2015

Gemuk...

Aku rasa sejak kebelakangan ni,hari makin hari aku rasa sangat risau dengan
perubahan berat badan aku yang mula naik mendadak.Keyakinan diri serta merta takde.
Sebelum2 ni aku tersangat obses menjaga kecantikan muka sanggup la
beli produk muka macam2,minum collagen tu semua sehingga mengabaikan 
berat badan. Kalau muka cantik je,badan gemuk nak buat apa kan?hurmm...
Pentinglah seimbangkan penjagaan muka dan badan.....






                                     Aku rasa berat badan aku sekarang ni 63 kg  :(



Kawan2 sekeliling aku,rami tegur aku apasal doh aku makin
tembam sangat ni.Dulu takde camni pun?
Aku pun tak tahu nak cakap apa kot....
Bila fikir2 balik,mungkin sebab aku makan produk macam2,
contoh collagen so bila dah stop minum,berat badan bertambah,kotlah..
Mungkin sebab faktor jugak,aku ni jenis kuat makan,hahaha...






                     Pipi aku tembam serupa macam pau.Dah macam dunkin dounts kot~


Aku upload gambar kat we chat,,tiba2 kawanku komen baru2 ni,
''weyh,apasal doh pipi kau chubby giler nih!''
Aku hanya mampu jawab ''ntahlah weyhhh,hurmm :(''
Ramai dalam kalangan sahabat2 aku dah mula tegur,
''Kau berisi dah kot...Dulu tak camni pun.Terkejut tengok kau''...
Itu baru dalam gambar dah nampak chubby,cuba tengok
atau jumpa aku depan2,memang chubbyyy.....
Sebernanya pertanyaan2 yang macam tu lah yang
menyebabkan aku stressss...........



Sekarangah ni,aku dah tak makan malam...
Aku belajar kurangkan makan,nak kurus punya pasal!
Kenalah berkorban sikit.......
Aku tahu,kalau aku tak diet sekarang,lama2 nanti jadi debab....
Nak cantikkkkk..NAk kurusss!!!
Fightingggg!!!
Pasni,kalau aku kurus betul2,orang sekeliling jangan jeles taw,haha...
Kena rajin joging sikit,haha..Jangan duk rumah tidur je kerja tuh -,-

Wednesday, July 22, 2015

Jalan-Jalan.....

Lusa iaitu pada 20/07/15 (Hari Isnin) kami merancang untuk keluar.
Aku ajak dia teman g shopping untuk beli jubah untuk wedding  
sahabatku aku nanti. Padahal wedding dia bulan 10 tapi biasalah
orang perempuan macam aku ni menggelabah nak cari jubah
pastu nak cari selendang yang nk match ngan kaler jubah lagi so 
better cari awal2 memandangkan tengah musim sale sekarang ni,huhu...
Sahabat aku yang nak kahwin tapi aku ni dah mengalahkan
macam jadi pengantin pulak,hahaha..
Pastu nak cari kain dalam beberapa meter untuk wat selendang dsb,
Lepas habis tengok wayang,mlm tu,singgah g masjid jamek,
pergi2 kedai tutup,kahkahhh....kecewa betoiii..
Memanglah pun patut kedai tutup,baru raya yang ke-4 kot,
semua orang semua still beraya  kat kampung lagi..
Ceritanya,malam2 KL sunyi sepi...Pulang dengan hati kecewa,huh.
Next week je pergi sebab nak beli jugakkkkk,haha.....







Nasi Ayam Penyet (aku), Ikan caru (sahabatku)....

(Sampai2 kat KLCC, terus makan tengahari kat sini.Perut dah berbunyi-bunyii)



Ada kisah kelakar yang berlaku.Time tengah cari tempat duduk kat food court,
tinggalkan la air yang baru sahaja dibeli,letak sekejap kat atas meja.Time tengah 
nak sampai kat tempat air yang kami letak tu,ada pekerja kat situ nak buang air tu 
mungkin ingat takdak orang punya.Pastu,muka dia daripada jauh aku tengok macam
nak tak nak je buang sebab air still nampak banyak.Kawanku buat aku gelabah, 
''dia nak buang air kita berdua''.Aku pantas berjalan dengan laju dan laki tu makin 
hampir dekat dengan tong sampah dah nak otw buang dah kot,so sempat datang ke 
situ dan menjerit ''Itu air sayaaa'',ok part ni paling lawak.Dia pulangkan kembali 
ketempat asal dan kami dua ketawa berdekah-dekah dengan semahu-mahunya,sumpah lawakkkk...Orang mesti pandang apa yang berlaku dan aku dah tebal muka kat situ dah kot,alahai..Tapi lantaklah,aku beli air mahal2 kot..memang lawakkk..Tak boleh nak 
lupakan,haha....




   
                     Part yang paling menyedihkan bila kena berpisah sebab seat tak sama....
                            Tak cukup tempat,semua dah penuh.So,redha jelah time tu...




Dating berduaaa......

Ok,besok dah start ada kelas...
Fuhhh,macam tak percaya je,,sekejapnya cutiii....
Maka bermulalah besok dengan kehidupan yang akan bz memanjang,itu dan ini....
Dah jarang nak dapat keluar,hang out semua..That's why la kami keluar,huhu...

Monday, July 13, 2015

You made me Cry.....

Aku melihat di skrin telefon bimbitku terdapat pesanan ringkas di whatsapp..
Segera aku mencapainya lalu membacanya satu persatu
''Kita sebernanyakan suka tengok life awakkkk''
''Kenapa pulak?'' aku membalas dengan wajah yang kehairanan....
''Kita selalu tengok awak selalu join usrah.Kadang2 bila awak sorang2
mesti ada buku dekat tangan awak.And kita selalu nampak ada Al-Quran
di dalam beg awak ke mana sahaja awak pergi.Dekat situ, kita nampak
awak jaga hubungan awak dengan Allah.Kita nampak awak jaga
pergaulan awak.Kita nampak semua benda tuh.Kita jadi malu dengan
diri sendiri''
*Dalam diam, rupa-rupanya  sahabatku memerhatikan gerak geri aku
selama ini tanpa aku sangka..... *



Kesimpulannya, penting akhlak kita sebab boleh jadi, sahabat
dan orang sekeliling memerhatikan gerak geri kita,so orang
akan ikut akhlak kita secara tidak langsung. Jujuranya aku
rasa malu dengan diri sendiri,sahabatku dan kepada Tuhan
sebab akhlak aku tidaklah seperti sangkaan di mata mereka,
"mereka melihat aku sempurna'' tapi sebernanya tidakkkkk......
Kata-kata terakhir daripada sahabatku,
''Kita rasa sayang sangat dengan orang macam awak.Dekat
dengan Allah,dekat dengan ujian Allah''.....



Saturday, July 11, 2015

Iftar Kelas

Pada hari khamis, 09/07/15 iftar bersama budak kelas...
Sebernanya kita orang tak plan apapun ini secara tiba-tiba,
ada seorang mencadangkan dalam group whatsapp,itupun
dah pukul 3 lebih macamtu,tiba2 tanya.......
''Korang semua nak tak,berbuka puasa hari nie ??''
Mula-mula respond,semua macam krik..krik.. je ....



Ramai yang mencadangkan hari jumaat,tapi aku
terus kata ''esok aku x free dahh,jadual mggu ni penuh.
dengan iftar dengan pihak penganjur luar''....
Pastu ada orang mencelah, ''weyh korang,,jihah tak boleh
hari ni,,so kita buat hari ni jelah (khamis).Siapa yang boleh
join dan free hari ni,mana yang ada,,datang jelah ye''.....
Haha,dorang ni,if aku xde pun buat jelah nak jugakkk
aku ada sekali... (Ok,terharunyaaa sayaaa)
Pastu atas kata sepakat,ramai berstuju pada petang tersebut...







Kebetulan hari yang kita orang keluar iftar ialah bersamaan dengan
genap sudah selama setahun,group whatsapp kelas ditubuhkan...


Pastu,ada birthday budak kelas bulan ni so kita orang belilah kek
dan sambut sekali dengan ulangtahun satu  kelas...





Actually,kelas kita orang ada dalam 32 orang ahli tapi kebanyakkan daripada
mereka sudah awal pulang ke kampung. So ini sahaja yang ada......



Senyum itu menghilangkan kedukaan,Eh... =P



Budak laki kelas kita orang lagi ramai sebernanya daripada perempuan...
Tapi ini je yang hadir sebab rancang last minute so ada yang xtahu...


Mula-mula budak perempuan 2,3 orang je yang free pada asalnya.
Pastu,nasib baiklah last2 minute tu ramai yang jadi join.....



                                          Pukul 9.15 bergerak balik pulang ke rumah.......
                            (Semua perut masing2 kenyang,nampaknya tak sempat g terawihlah
                      nampaknya.Opss,tak buat kat masjid buat terawih kat umah pun boleh,hehee)





Apapun sangat enjoyyyy.......
Memang Tom Yam kat sini memang paling best dan sedap.
Harganya RM6.50 dan isi dalam dia,fuhhh mantap!!
Pedas dia tu dan rasa dia memang menyelerakan,
tak rugi rasa mencuba kat siniiiii...
Raya nanti,ramai2 satu kelas rancang makan kat luar,huhu.....
Just wait n see jelah dengan plan dorang tuuu...

Friday, July 10, 2015

Iftar bersama Sahabat......


Pada 07/07/15 iaitu hari selasa,kami berbuka puasa di luar kat KL Festival City.
Pada mulanya, kami tidak merancang apa-apa ini mungkin kebetulan atau
rancangan Tuhan.So ditakdirkan pada hari tersebut kami mengambil
keputusan untuk Iftar bersama-sama....
Alkisahnya,kelas kami tiba2 cancel pada pukul 2.30 petang,kita orang
pun terdiam dan tiba2 salah seorang daripada geng aku,ajak berbuka
pada hari ini so bila tengok keadaan pun okeyh dan cub
maka okelah hari ni,kalau hari lain aku dah start busy dan
xtahulah bila lagi free....






Setelah meninjau beberapa tempat restoran untuk booking tempat makan,
kami pun decide untuk makan Chicken Rice Shop......





Aku makan dengan penuh berselera sekali sehinggakan perut aku kekenyangan,haha....




Sebelum pulang,ambil gambar buat kenangan,hehee....



                                       Ini geng aku.Ahli geng kita orang 4 orang termasuk aku.
                                      Lagi sorang takde,sebab tak balik KL lagi,so 3 orang je ada.




Tepat jam pukul 9.00 malam,aku sampai ke rumah dengan selamat.
Hari berikutnya,dapat berita yang sahabatku kena pulang ke
kampung memandangkan tiket raya dah habis....
Nasib baiklah,kita orang berbuka puasa pada haritu sama2,
kalau tidak takdapatlah nak merasa berbuka sama-sama..
Sebab 50/50 je nak keluar ke tak,so atas budi bicara
dan takdir ALLAH,perancangan kita berjalan dengan lancar..
Alhamdulilah,tercapai jugak hasrat nak berbuka sama-sama
kerana sebelum Ramadhan lagi dah nak plan keluar
cuma tak tahu bila freee...
Terima Kasih untuk segalanya,Sahabatkuuuuuuuuu...

Wednesday, July 8, 2015

Tahsin Solat Perdana Kanak-Kanak.....

Pada 08 Julai 2015 ( Rabu)  bersamaan 21 Ramadhan 1436H,
aku dipilih untuk menyertai program ke Shah Alam 
sebagai fasilitator bagii program Tahsin Solat
Perdana Kanak-Kanak,sempena program Jom Ke Masjid.....
Aku mengambil bahagian di samping itu mendapat 
pengalaman baru,yuhuuu,bukan senang..........





Pagi2 gerak dari kolej pada pukul 8 lebih,sampai sini hampir pukul  9 lebih
sebab pagi2 tu jalan jem teruk + hujan lebat......


(Kami seramai 40 fasilitator di hantar ke sini bersama lecturer)






Ini group aku.Ramai jugak budak-budak dalam group aku nih,boleh tahan..

(Ajar budak2 ni cara dan bacaan dalam solat)






Solat dhuha secara beramai-ramai imam je budak,bacaan dia,masyaAllah.

(Program sebegini patut diteruskan setiap tahun)








Rasa berasa  tenang berada di masjid niii....





Selfie ngan budak-budak ni lepas habis program...





Gambar kenangan bersama fasi dan lecturer yang turut serta program ini....